right_side

--------------------

IP

Geng Bla3

Lalu Lalang





MusicPlaylist




Free Website Hosting


POsT sUDah

FlashTagCloud by Bla3

JenGUk2

All Malaysian Bloggers Project

MyFwen

Gempakstarz

National Geographic

BlogMalaysia.com

01 April 2009

:: ISLAM & SAINS ::

BEZA SAINS MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN BARAT
Ape ye bezanye?
  • Kita bleh tengok dari asas sains itu sendiri. Asas sains islam adalah ALLAH (Tauhid) tapi asas sains barat adalah akal manusia.
  • Berdasarkan kewujudan bernyawa. islam berasal daripada roh tapi barat menyatakan asal sesuatu daripada jirim.
  • Asal kejadian manusia. Menurut islam, manusia berasal dati tanah, tapi barat plak kate, manusia berasal dari binatang. (teori Darwis)
  • Berdasarkan panduan hidup. panduan hidup orang Islam pastilah berdasarkan Islam, tapi Orang barat plak, berdasarkan kesesuaian hidup manusia.
  • Bezanya pada agama. Orang islam mengambil agama sebagai cara hidup, tapi orang Barat mengambil agama sebagai upacara tertentu.
Betapa bezanya sains menurut pandangan Islam dan Barat. Renungkanlah, sekarang kita memandang sains dari sudut yang mana?

BUKTI KEHEBATAN ALLAH

Kita tahu ALLAH ni Maha Hebat, Maha Bijaksana dan banyak lagi sifat ALLAH yang tak tertanding oleh manusia. Cukup kenal ke kita dengan ALLAH? Bagaimana eh cara nak kenal ALLAH ddengan lebih dalam, salah satunya kajilah kejadian alam yang dicipta oleh ALLAH dan kajilah nama2 ALLAH yang 99. Jangan sesekali kaji mengenai zat2 ALLAH yang tak tercapai akal kita. Dalam surah Ali-Imran ayat 190-191, yang bermaksud;

sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan pertikaian malam dan siang menjadi tanda (atas kekuasaan ALLAH) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH ketika berdiri, duduk dan berbaring; dan mereka yang memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini dengan percuma (sia2), Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka.

Melalui ayat ni, kita dapat melihat sifat orang2 berakal, yang patutnya ada dalam diri setiap orang muslim yang berakal. Bukan setakat kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam ke siang, siang ke malam, banyak lagi kejadiaan alam yang memberi tanda keagungan dan kebesaran ALLAH. Pernahkah kita memikirkan?

ALLAH MAHA BIJAKSANA


Pernah tengok tak labah2. Rasenye semua kenal kan. Percaya tak benang labah2 (yang jadi sarang die) lebih kuat dari keluli. Mula2 ana pun tak percaya, yela, kita usik sikit pun sarang die dah putus kan Tapi telah dibuktikan dalam sains, sekiranya sarang labah2 itu berdiameter 30cm, sarang labah2 ni mampu menampung beban sebanyak 150 kereta yang keluli sendiri tak mampu nak tampung. Hebatkan ciptaan ALLAH. Subahanallah...

Banyak lagi contoh kehebatan ALLAH yang dibuktikan melalui sains. Antaranya asal kejadian kita dalam rahim ibu, ikan lumba2,dll.

Sains yang selama ni kita belajar banyak membuktikan Kebesaran ALLAH. Kajilah setiap ciptaanNYA agar dapat meningkatkan keimanan kita kepadaNYA. Lagi satu, kalau nak berdakwah kepada bukan muslim, sebaik2nya berdakwahlah dengan menunjukkan bukti2 kejadian alam dan persamaannya dalam AL-Quran, daripada menunjukkan gambar2 keajaiban yang berlaku sekarang such as tulisan nama ALLAH pada awan, pantai dll. perkara macam tu sangat mudah disangkal oleh orang bukan Islam. Al-maklum, teknologi komputer masa kini canggih2. Macam2 bleh diorang kata. Gunalah al-Quran sebagai method dakwah utama. Gambar2 yang yang ada tu cukuplah sekadar kita gunakan untuk tingkatkan iman kita dan yang muslim sahaja.

~Trade Mark Prof Izzi.."Renung2kan dan selamat beramal.."~


No comments:

Post a Comment