right_side

--------------------

IP

Geng Bla3

Lalu Lalang





MusicPlaylist




Free Website Hosting


POsT sUDah

FlashTagCloud by Bla3

JenGUk2

All Malaysian Bloggers Project

MyFwen

Gempakstarz

National Geographic

BlogMalaysia.com

29 March 2009

:: EARTH HOUR UiTM ::

Tepat jam 8.30pm tanggal 28 Mac 2009 Earth Hour UiTM bermula..
Sebagai tanda keprihatinan kita terhadap global warming..
apa yang menariknya time countdown kul 8.30..
terdengarlah bunyi jeritan bagaikan orang sedang berkempen..

~tutup lampuU!~tutup lampuU!~tutup lampuU!~
~WOI..tutup lampuU~
~tutup lampu lah WeiI~
~8.30 DAH~
~ye..ye beres boh~
~nak tutup nii~
~tutup lampuU!~tutup lampuU!~
~senyap lah WEI aku nak sembahyang nii~
~tutup lampu dluu~senyap ar~tutup dah~

itulah jeritan menunjukkan betapa semangatnya kita menyokong Earth Hour..soronok plak bila tengok ramai yang begitu prihatin..dapat jugak merasai suasana Earth Hour walaupun berada diU..ada diantara mereka menjalajah dari satu bilik ke satu bilik menyeru agar lampu ditutup..suasana awal tuu sudah membuktikan bahawa rakyat Malaysia begitu prihatin terhadap masalah global warming walaupun ada disegelintir mereka mengendahkan saja..mementingkan diri sendiri..tak mengikuti perkembangan semasa..menyatakan Earth Hour tak membuktikan apa2..itu adalah statement orang yg berfikiran cetek..ok..tak nak menghilangkan mood aku hampir semua bilik menutup lampu selama 1 jam..termasuklah bilik aku..ada jugak yang lebih..maknanya zZZZ..

Gelap gelita bilik aku








Kolej aku..~vote Earth~

27 March 2009

:: SITUASI ::

Situasi yang sukar untuk digambarkan bagaimanakah seseorang jejaka yang dikenali sebagai Kawok dalam menyempurnakan misi yang samar2..jangan ditanya kenapa namanya begitu asing bagi anda dan jarang didengari dicorong2 radio termasuk melalui bluetooth dan infrared kerana kewujudan jejaka tersebut khas untuk post nii saja..

Ceritanya bermula apabila Kawok terpaksa menjelajah ke satu tempat yang bukan menjadi kesukaannya termasuk penduduk disekitarnya untuk melakukan satu misi yang belum difikirkannya..Kawok berada di satu tempat yang dipenuhi dengan manusia yang sudah mencapai tahap kematangan yang normal..tempat itu turut menyerabutkan kepala kepada sesiapa sahaja menetap ditempat itu..tapi tempat itulah yang biasanya mereka yang sudah matang akan ditempatkan..enggak tahu aku kenapa..

Dipendekkan cerita selepas beberapa hari/ minggu/ bulan/ tahun/ dekad akhirnya kawok dapat keluar dari tempat yang penuh dengan onak berliku itu tanpa mempedulikan misi yang hampir difikirkan itu. Selepas segala tekanan yang dipendamkan sejak sekian lamanya semasa berada di tempat itu dilepaskan dengan jayanya, akhirnya kawok dapat mengetahui misinya berjaya..tetapi untuk menyempurnakan misi yang telah difikirkan, Kawok terpaksa pulang semula ketempat itu untuk menyelesaikan satu perkara dan meneruskan misi yang berikutnya tanpa disedarinya..

Semasa berada ditempat itu Kawok telah melakukan satu perkara yang telah merugikan dirinya sendiri sedangkan perkara yang perlu disempurnakan itu sukar untuk digapai dan ianya memerlukan satu tekad..satu keazaman..satu pengorbanan yang gigantic ditambah dengan ketekunan dan didarab dengan semangat berkobar2 tanpa ditolak dan dibahagikan untuk memperolehinya..satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh kawok kerana kadar untuk mengapainya tak begitu besar bilangannya..disebabkan oleh kelalain dan kemalasan kawok untuk mengambil serius terhadap perkara itu..kawok terpaksa menahan sebak didada bukan dihati..perkara itu bukanlah begitu penting bagi kawok tapi ianya merupakan satu kerugian yang hampir besar..sikap kawok telah menelan diri sendiri dan adakah kawok menyesal diatas perkara itu..rasanya tidak..kerana kawok tak begitu peduli terhadap perkara itu tetapi kawok hanya mempedulikan perkara yang ada pada perkara itu..ianya sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan tetapi itulah satu kerugian bukan penyesalan yang berlaku pada kawok yang kini pembaca sedang memerah otak mentafsirkannya..

26 March 2009

:: MyFwen ::

MyFwen.com adalah satu rangkaian komuniti sosial percuma berkonsepkan Friendster, Facebook, Myspace dl..yang menariknya ianya diterajui sendiri oleh anak Malaysia..huhu.. Bermulanya pengasasan MyFwen di Universiti Teknologi MARA Pahang, MyFwen terus maju dan mengorak langkah dengan mengembangkan jaluran akses ke internet.MyFwen di asaskan secara rasminya pada 01 Disember 2008.. Majoriti pengguna adalah remaja.. Matlamat MyFwen adalah untuk membantu mengeratkan silaturahim dan perhubungan bersama kenalan disamping mengenali ahli baru diseluruh Malaysia..Dengan adanya MyFwen, pengguna dapat berkongsi minat, pendapat, dan terus terhubung bersama rakan, keluarga, organisasi, universiti dan kumpulan. MyFwen! berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan memberikan rangkaian mudah digunakan, mesra pengguna dan menarik dimana pengguna dapat melayari laman MyFwen!.. Forum @ MyFwen terdapat pelbagai topik yang menarik untuk dibincangkan disamping berkongsi idea dan pendapat bersama Fwen anda..kalau anda bertuah mungkin anda akan dapat berjumpa pasangan hidup anda..hahak..



Pengurusan & Pentadbiran..Wira4ce adalah peneraju MyFwen!..Bertanggungjawab di dalam operasi MyFwen di Malaysia..Beliau adalah lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA..
Good luck, Seifer or Wira4ce..:)

MyFwen adalah hak milik rakyat Malaysia, jangan berlengah lagi! berdaftarlah di myfwen.com

08 March 2009

:: VOTE EARTH ::

Earth Hour 2009

Earth Hour began in Sydney in 2007
2.2 million homes and businesses switched off their lights
2100 coorporation join the movement.
10.2% energy reduction in sydney city

In 2008 Earth Hour went global
50 million people switching off their lights.
Melbourne, Brisbane, Toronto, Manila ,Tel Aviv, Copenhangen, Toronto, Chicago, Atlanta and San Francisco takes part.

In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote
931 cities and towns in 80 countries have already committed to VOTE EARTH for Earth Hour 2009, as part of the worlds first global election between Earth and global warming.

Use your light switch as your vote
Switching off your lights is a vote for Earth and vote for global warming
Switching off your lights on MARCH 28_8.30-9.30PM [MALAYSIA]

Be part of the Earth Hour - tell your friends, tell your story. Make a difference!
Click Here

02 March 2009

:: STaRTiNG ::

Assalamualaikum, ini merupakan satu detik permulaan bagi ku menghasilkan satu blog yang tak begitu hebat dan penting bagi ku..ianya hanya sebagai pelengkap hidup dan tempat melepaskan kebosananku..ianya bagaikan menghasilkan sebuah karangan yang pendek dan tak akan mendapat markah yang tinggi lagi bermutu..tapi bagiku ianya sudah cukup kerana tak ada lecturer nak bagi markah untuk karangan yang tak bermutu ini..aku merepek bagaikan seorang yang tak sedarkan diri yang akan menjangkau umur 19 tahun..mencapai usia sebegini adalah suatu cabaran hidup bagiku merentasi jalan yang berliku di alam bumi yang sedang bergoncang dengan pelbagai masalah disebabkan kebodohan makhluk yang menetap lagi menumpang ini..inilah satu2nya blog yang aku miliki..walaupun sudah lama aku terfikirkan untuk menghasilkannya tapi disebabkan kemalasan aku yang tak terhingga..menyebabkan aku menangguhkannya berkali2..antara kemalasan yang tak terhingga itu ialah:

MALAS nak mengedit untuk menghodohkan lagi blog aku ini
MALAS nak menaip disebabkan perkara itu sudah menjadi kebosanan bagiku
MALAS nak update ditambah dengan kegilaan internet yang selalu merungsingkan aku
MALAS nak keluar idea kerana diriku yang kekurangan ilmu

dan satu lagi perkara yang menghantui aku ialah aku tak tahu apa yang hendak aku tuliskan dalam blog aku ini..hanya mampu aku lakukan ialah merepek sampailah tahap kebosanan aku minimum..

Blog ini dihasilkan disebabkan oleh kawan2ku yang semuanya telah memiliki blog sendiri..dan disebabkan oleh geng2ku yang merekomenkan memiliki blog sendiri kerana mereka mengatakan "kita perlu memliki blog sendiri baru maju sikit"..berdasarkan statement tersebut aku telah merajinkan diriku menghasilkan sebuah blog yang penuh dengan kekarutan atas dasar kemajuan diri..tapi adakah kemajuan itu akan muncul..aku akan nantikan sampai ianya muncul dan terus muncul..

Blog ini aku rasakan aku akan terus merepek tanpa satu tujuan @ matlamat yang tepat lagi jitu..ianya bagaikan merepek sesuatu perkara yang terkini, isi luahan hatiku yang penuh dengan statement yang merepek..dan terus merepek..tapi blog yang dihasilkan ini tidak akan aku updatekannya selalu kerana aku ini seorang yang malas dan terpaksa menahan dengan kegilaan internet yang pastinya menambahkan perasaan benggangku ini..

Sampai disini sahaja aku meneruskan statement merepek aku untuk starting ini..kalau ada masa terluang untuk membaca statement merepek aku silalah selalu masuk ke blog aku..tak ada apa lagi yang hendak aku merepekkan jadi aku endingkannya dengan..

Sekian.